ANAK POKOK BUNGA BERNILAI RM1.25 JUTA DIRAMPAS PGA DI KELANTAN

Pada 6 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di Rantau Panjang, Kelantan.

Sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki mencurigakan ditahan pada 12.20 tengah malam di hadapan LKIM Rantau Panjang.

Pemeriksaan mendapati lebih 2000 anak pokok bunga pelbagai jenis seperti Willow, Lavender, Texas Sage, dan Oleander yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Tumbuhan tersebut disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.

Suspek berusia 37 tahun ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dengan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 1,250,000.00.

 

SUmber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut