26 KAMPUNG TERJEJAS BANJIR DI KINABATANGAN

KINABATANGAN: Sebanyak 26 kampung di sini terjejas banjir susulan cuaca hujan berterusan di bahagian hulu yang mengakibatkan paras air sungai meningkat.

Pegawai Daerah Kinabatangan Willey Lampaki berkata setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.

Beliau berkata kawasan yang terjejas terdiri daripada 12 kampung di Lamag dan 14 kampung di Sukau.

“PPS Sekolah Agama Negeri Pekan Bukit Garam dibuka bagi menempatkan 102 mangsa daripada 27 keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Sukau menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir Maskini Johaini, 28, dari Kampung Sukau Seberang berpindah ke PPS selepas rumahnya dinaiki air hingga paras betis pada 10 pagi tadi.

“Sebelum ini banjir hanya di halaman dan tidak pernah masuk ke dalam rumah. Kami setiap masa meninjau paras air dan sempat memindahkan barang ke kawasan tinggi sebelum paras air semakin meningkat.

“Pihak berkuasa menyarankan kami berpindah awal ke PPS untuk keselamatan kerana kami ada anak-anak kecil selain bimbang dengan kehadiran haiwan berbisa dan buas,” katanya.

Maskini yang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak ketiga bulan lepas, turut berterima kasih kepada pihak berkuasa yang terlibat membantu dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

 

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …