ππ„π‘π’πŽππ„π‹ πŒπ²π’π“π„π

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Seramai 16 calon telah melaporkan diri sebagai Personel MySTEP (Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan) di Pejabat KEMAS Negeri Pulau Pinang, yang menyaksikan kehadiran individu-individu terpilih untuk menggalas tanggungjawab dalam memperkasakan perkhidmatan KEMAS kepada masyarakat.

Dalam sesi ini, para calon telah diberikan taklimat khas oleh Pengarah KEMAS Negeri Pulau Pinang, yang menekankan peranan penting Pemaju Masyarakat dalam menyampaikan ilmu, kemahiran, dan bimbingan kepada komuniti setempat.

Sepanjang sesi lapor diri, para calon diperkenalkan kepada struktur organisasi KEMAS, bidang tugas serta etika kerja yang perlu dipatuhi. Mereka juga diberikan pendedahan awal mengenai peranan Pemaju Masyarakat dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak, latihan kemahiran, serta kerja-kerja melibatkan kakitangan MySTEP yang dilantik.

 

Summber : BULETIN KEMAS PENANGΒ https://www.facebook.com/KEMASPenangOfficial

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut