WARGA EMAS PANDU KERETA LAWAN ARUS DI LEBUH RAYA DITAHAN

Pemandu sebuah kereta yang tular memandu secara melawan arus di Kilometer 18 hingga 20 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, pagi hari ini, ditahan polis ketika hadir menyerah diri, petang tadi.

Dalam video berdurasi 3 minit 19 saat yang tular di TikTok itu memaparkan kereta jenis Perodua Axia dirakam memandu di lorong paling kanan menghala ke Kajang.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, kira-kira jam 11.30 pagi tadi, pihaknya mengesan video berkenaan menunjukkan kereta berwana kelabu dipandu secara melawan arus. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai mengesan pemilik kereta itu sebelum meminta pemandu hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku membabitkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 72 tahun dipercayai untuk tujuan pulang ke rumah. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati lelaki ini dipercayai mempunyai masalah lupa dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan Seremban. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor B Sharveen Raj Balachandran di talian 011-26176424.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut