PENUTUPAN KEKAL ZON BEBAS KENDERAAN MASIH DI PERINGKAT CADANGAN DAN KAJIAN

Sungai Udang – Cadangan penutupan jalan secara kekal di Kawasan Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir masih pada peringkat cadangan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sendiri akan memaklumkan jika terdapat sebarang keputusan berkaitan hal terbabit.

Katanya, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir ketika ini membabitkan penutupan sepenuhnya bermula Jumaat hingga Ahad telah memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat terutama peniaga.

“Kajian sedang berlangsung, kita tidak ada tarikh tertentu mengenai penutupan kekal, tapi saya yakin dan percaya kajian itu dibuat dengan baik.

“Sekiranya baik (penutupan kekal) ia akan dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan DUN Sungai Udang di Japerun Sungai Udang, di sini hari ini.

Terdahulu seramai 120 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun menyertai program berkhatan percuma itu.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut