DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Stesen Penguatkuasa (SPK) Valdor bersama unit operasi JPJ Pulau Pinang dan JSPT daerah SPS telah melaksanakan penguatkuasaan Ops Khas Bersepadu Tahun Baru Cina 2025. Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan serta kenderaan persendirian ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010. (Akta 715) dan memastikan kenderaan selamat digunakan di jalanraya.
Sebanyak 76 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan oleh JPJ, 15 notis saman oleh JSPT telah dikeluarkan atas kesalahan pemandu.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang