#SANTAISELASA: MENJELANG TAHUN BAHARU CINA | TOKONG MEK DI KELANTAN JADI TUMPUAN

Kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara ini terus diraikan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina Rabu ini.

Di Gua Musang, Kelantan, sebuah tokong yang berusia hampir 600 tahun mula dihiasi dengan pelbagai motif menarik sempena kedatangan tahun ular.

Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek) telah dibina oleh masyarakat cina di Kampung Pulai seawal kedatangan mereka ke Kelantan khususnya di Pulai daripada Negara China kira-kira 400 tahun yang lalu.

Tokong tersebut terletak di Kampung Pulai kira-kira 14 kilometer daripada bandar Gua Musang.

Tokong ini dibina oleh masyarakat cina setempat berdasarkan gambar Tokong Mek yang dibawa bersama-sama daripada Negara China.

Pada peringkat permulaan tokong ini terletak dalam Gua Batu Kapur kemudian dinaiktaraf dengan menambah binaan yang bersambung dengan binaan asal.

Sumber: TV3, Majlis Daerah Gua Musang, FB Tokong Mek

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut