𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝐎𝐏𝐒 𝐒𝐀𝐏𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏 𝐃𝐈 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔

𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝟐𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Kutip, di sekitar kawasan Hulu Terengganu pada 21 Januari 2024. Operasi yang dijalankan dari jam 9 pagi hingga 4 petang ini melibatkan sepasukan pegawai dari pelbagai pangkat di Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu.
Sebanyak enam premis telah diperiksa semasa operasi ini, dengan 34 individu diperiksa secara keseluruhan. Dari jumlah tersebut, 14 individu berjaya ditahan kerana disyaki berada di negara ini tanpa dokumen yang sah serta tinggal lebih masa. Mereka yang ditahan terdiri daripada satu warga Myanmar, satu warga Pakistan, dan 12 warga Bangladesh yang berumur antara 24 hingga 54 tahun. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras aktiviti pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Terengganu serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara. JIM Terengganu juga memberi amaran bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan tiada ruang bagi individu yang tidak mematuhi undang-undang untuk tinggal di negara ini secara tidak sah.
Sumber: JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …