TAHUN BAHARU CINA: 500,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK NEGERI SEMBILAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menganggarkan 500,000 kenderaan memasuki negeri ini sempena Tahun Baharu Cina berbanding kira-kira 250,000 pada hari biasa.

Menurut Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf, berikutan itu pihaknya melaksanakan Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 yang telah bermula sejak Isnin lalu. Operasi ini akan berterusan sehingga 9 Februari ini yang bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan yang dijangka berlaku peningkatan aliran trafik yang ketara.

Fokus utama kita supaya pengguna jalan raya sentiasa patuh terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya serta mengaplikasikan pendekatan mendidik, sekali gus memastikan kelancaran lalu lintas demi keselamatan dan keselesaan mereka.

Sehubungan itu, cuti semua anggota serta pegawai JPJ seramai 202 orang dibekukan sepanjang berlangsungnya ops ini dan dalam tempoh pelaksanaan ops ini juga, ada hari-hari tertentu mereka akan beroperasi selama 24 jam. Antara pendekatan dan strategi JPJ Negeri Sembilan bagi ops kali ini adalah dengan meningkatkan rondaan terutamanya di kawasan blackspot kemalangan.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika melalui tiga lokasi ‘blackspot’ yang kerap berlaku kemalangan maut di Negeri Sembilan. Lokasi tersebut ialah Jalan Port Dickson-Lubuk China, Jalan Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang (Jelebu) dan Kuala Pilah-Jalan Seremban.

Terdapat 19 lokasi hotspot yang dijangka berlakunya kesesakan lalu lintas di negeri ini membabitkan enam di daerah Seremban, tiga di Port Dickson serta Nilai, masing-masing dua di Tampin dan Rembau, manakala satu lokasi di daerah Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol.

Beliau menasihati pengguna lebuh raya yang menggunakan SmartLane iaitu lorong tambahan sementara yang diwujudkan dengan membuka lorong kecemasan untuk kegunaan kenderaan pada waktu tertentu.

Pihaknya mahu mereka peka akan ada papan tanda amaran, pemakluman selain lampu isyarat juga akan dinyalakan untuk membolehkan kenderaan melalui lorong-lorong kecemasan yang dijadikan sebagai SmartLane agar pergerakan lebuh raya lebih teratur dan lancar.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut