๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐‰๐ˆ๐Œ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”, ๐Ž๐๐’ ๐’๐€๐๐” ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐๐’ ๐Š๐”๐“๐ˆ๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‡๐”๐‹๐” ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐ˆ๐๐ƒ๐ˆ๐•๐ˆ๐ƒ๐”

๐‡๐”๐‹๐” ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Kutip, di sekitar kawasan Hulu Terengganu pada 21 Januari 2024. Operasi yang dijalankan dari jam 9 pagi hingga 4 petang ini melibatkan sepasukan pegawai dari pelbagai pangkat di Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu.
Sebanyak enam premis telah diperiksa semasa operasi ini, dengan 34 individu diperiksa secara keseluruhan. Dari jumlah tersebut, 14 individu berjaya ditahan kerana disyaki berada di negara ini tanpa dokumen yang sah serta tinggal lebih masa. Mereka yang ditahan terdiri daripada satu warga Myanmar, satu warga Pakistan, dan 12 warga Bangladesh yang berumur antara 24 hingga 54 tahun. Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membanteras aktiviti pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Terengganu serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara. JIM Terengganu juga memberi amaran bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan tiada ruang bagi individu yang tidak mematuhi undang-undang untuk tinggal di negara ini secara tidak sah.
Sumber: JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …