RINGGIT CECAH PARAS TERTINGGI ENAM MINGGU MENJELANG KEPUTUSAN OPR

HONG KONG: Ringgit Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh enam minggu apabila mengukuh sebanyak 0.7 peratus kepada 4.440 berbanding dolar AS hari ini, menjelang keputusan dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Saham tempatan pula mencatat kenaikan untuk hari keempat berturut-turut, meningkat 0.6 peratus.

BNM dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus untuk mesyuarat ke-10 berturut-turut, menurut tinjauan Reuters.

Penganalisis Maybank menyatakan, faktor luaran terutama yang berkaitan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China kekal menjadi tumpuan utama bagi pergerakan ringgit.

Ketua Penyelidikan Ekonomi Pasaran Muncul Asia (tidak termasuk China) di Barclays, Brian Tan, mengingatkan bahawa BNM pernah memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Mei 2019, sejurus selepas bekas Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan tarif tambahan ke atas barangan import dari China.

Tan menjangkakan, sekiranya pentadbiran baharu AS memperkenalkan tarif signifikan, BNM mungkin akan bertindak balas dengan pantas dalam mesyuarat dasar monetari seterusnya.

Sementara itu, indeks saham serantau bagi pasaran ekonomi Asia yang baru muncul mencatat penurunan selepas pada awalnya meningkat sebanyak 0.6 peratus. Penurunan ini dipengaruhi oleh kelemahan saham di China dan Hong Kong susulan kenyataan Trump mengenai perancangan tarif tambahan sebanyak 10 peratus ke atas import China.

Indeks Komposit Shanghai dan Indeks CSEI 300 masing-masing susut 0.9 peratus, manakala Indeks Hang Seng di Hong Kong jatuh daripada paras tertinggi sebulan.

Di Indonesia, pasaran saham melonjak lebih 1.0 peratus, dipacu oleh sektor perlombongan dan perbankan. Bagaimanapun, nilai mata wang rupiah tidak berubah selepas kerajaan mengumumkan rancangan mewajibkan hasil eksport sumber asli disimpan di dalam negara selama sekurang-kurangnya setahun, yang dijangka meningkatkan rizab tukaran asing sebanyak AS$90 bilion setahun.

**Prestasi Pasaran Lain**

Di Singapura, dolar Singapura susut 0.2 peratus, manakala pasaran saham kekal mendatar menjelang keputusan dasar monetari oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pada minggu ini.

Dalam pasaran lain, indeks saham Jepun Nikkei meningkat disokong pelan pelaburan kecerdasan buatan (AI) oleh Trump, manakala baht Thailand mengukuh selepas kerajaan negara itu merancang memperkenalkan undang-undang baharu untuk menarik dana asing.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …