PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN

Rim – Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, ia susulan jalinan kerjasama kerajaan negeri bersama beberapa pihak industri dalam membangunkan program TVET.

“Kerajaan negeri sentiasa memperkasa dan meningkatkan pendidikan TVET sejajar dengan pengiktirafan Melaka sebagai Pusat Kecemerlangan TVET.

“Selain mendapat manfaat daripada kerjasama yang dijalankan apabila pelajar- pelajar ini memperoleh kemahiran baharu, Kerajaan Negeri juga mahu memastikan anak kelahiran Melaka memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4.

“Ini bagi membolehkan mereka dapat menguasai pelbagai kemahiran yang diperlukan pihak industri sekali gus dapat melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina dan Bantuan Persekolahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Shien, semalam.

Menurut Khaidhirah, setakat ini lebih 30 syarikat di negeri ini aktif dalam melaksanakan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) termasuklah pembuatan, elektrik dan elektronik (E&E) serta kenderaan elektrik (EV).

“Usaha ini akan diperluaskan dalam bidang lain seperti industri pemakanan dan farmaseutikal,” katanya.

Terdahulu, seramai 57 murid SKJC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam DUN Rim menerima bantuan kelengkapan persekolahan, manakala 60 penduduk kurang berkemampuan menerima sumbangan perayaan Tahun Baharu Cina.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …