PM HARAP KEJADIAN PUKUL OKU TIDAK BERULANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kejadian pukul membabitkan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dibelasah beberapa individu di pasar tani di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Jumaat lalu, tidak berulang. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, berkata Anwar juga berharap rakyat Malaysia mengambil pengajaran daripada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. Sebagai rakyat Malaysia, semua disaran untuk menjaga keselamatan bersama kerana Keselamatan Negara adalah Tanggungjawab Bersama.

Pesanan Anwar itu dititipkan kepada Azman ketika melawat lelaki OKU itu, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang dirawat di Kompleks Psikiatri, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. “Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat hari ini. Jadi, kita berharap kejadian ini tak berulang lagi dan menjadi pengajaran kepada semua.

“(Kejadian pukul) Itu tak menggambarkan masyarakat (atau) orang Terengganu (sebaliknya) hanya segelintir masyarakat yang tidak mempunyai kesabaran mengambil tindakan sendiri. Apa yang dikhuatiri oleh Yang Berhormat Perdana Menteri apabila berlaku kejadian itu adalah ia (seolah-olah) mencerminkan masyarakat kita. Pertamanya, kita hanya melihat orang kena pukul, kemudian yang lebih menyedihkan apabila seorang OKU itu dipukul di khalayak ramai. Jadi kita tak nak itu mencerminkan masyarakat kita.”

Azman meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Ahmad Nor Al Faizan dan berkata keadaan lelaki OKU mental itu kini stabil meskipun mengalami luka-luka dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam tempoh sehari atau dua hari lagi.

Sebelum ini tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai. Menurut polis, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa berumur 47 tahun menunggang motosikal dan memasuki tapak jualan pasar tani lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan makanan jualan di gerai tersebut terjatuh.

Setakat ini seramai enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut