PARAKOM DITEMPATKAN DI GADEK HOTSPRING, ELAK KEJADIAN TIDAK DIINGINI

Gadek – Sebagai langkah keselamatan pengunjung, sekumpulan Paramedik Komuniti (Parakom) akan ditempatkan dalam kawasan Gadek Hotspring Wellness and Spa Resort.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata langkah itu berikutan sebelum ini terdapat kes membabitkan kanak-kanak hampir lemas di kawasan tersebut.

Katanya, beliau mencadangkan penempatan Parakom di lokasi terbabit pada hujung minggu dan cuti sekolah.

“Saya mahu selepas ini tempatkan Paramedik Komuniti (Parakom) di sini dan saya mencadangkan supaya ditempatkan pada hujung minggu.

“Selain daripada Bangunan Merah (Stadthuys) ada Parakom, di sini pun perlu diletakkan Parakom untuk membantu sekiranya ada kecemasan, jadi tak adalah nanti kita terpaksa menunggu bantuan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Gadek Hotspring Wellness and Spa Resort di sini malam tadi. 

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk VP Shanmugam; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP) Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata beliau mahu Parakom ditempatkan segera dalam kawasan pelancongan yang baharu dibuka semula kepada orang ramai itu.

“Saya mahu hujung minggu ini sudah ada Parakom di sini, kerana sekarang ini musim cuti persekolahan, kawasan ini menjadi tumpuan pelancong. 

“Kita harap perkara tidak diingini tidak berlaku selepas usaha meletakkan Parakom dilaksanakan,” ujarnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut