KPKT PERUNTUK DANA RM642 JUTA BINA PPR DI KELANTAN

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM642 juta untuk pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Sehingga Disember tahun lepas, 3,268 unit telah siap dibina, manakala 306 unit lagi masih dalam pembinaan.

 

Kerajaan akan terus meningkatkan jumlah rumah PPR untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat.

Dalam majlis penyerahan surat tawaran Program PPR Gual Ipoh, 104 penerima menerima tawaran penempatan fasa pertama.

Projek ini melibatkan pembinaan 400 unit rumah kluster setingkat, termasuk empat unit untuk golongan OKU dan dilaksanakan di bawah skim sewa untuk beli (RTO) bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Penyerahan kunci fasa pertama dijadualkan pada 13 Februari depan.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut