KERAJAAN BAKAL LANCAR CHATBOT TANGKIS BERITA PALSU

Kerajaan akan melancarkan Chatbot di WhatsApp dalam masa terdekat untuk menangkis penularan berita palsu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Chatbot ini akan meningkatkan portal Sebenarnya.my, di mana orang ramai dapat mengajukan pertanyaan mengenai kesahihan berita.

Chatbot yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) ini akan memberikan respon untuk mengesahkan sama ada maklumat tersebut sahih atau tidak.

Pada peringkat awal, Chatbot ini akan berfungsi untuk mesej teks sahaja, dan akan dinaik taraf untuk menyokong kandungan video dan grafik pada masa akan datang.

KKOM berharap orang ramai lebih berhati-hati dan menyemak maklumat yang diterima sebelum mempercayainya.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut