KENAIKAN HARGA TERKAWAL, INFLASI TURUN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT

KUALA LUMPUR: Inflasi di Malaysia pada 2024 mencatatkan kadar 1.8 peratus, penurunan dua tahun berturut-turut sejak 2022, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ini disumbangkan oleh kenaikan perlahan inflasi restoran & perkhidmatan penginapan (3.1 peratus), diikuti oleh makanan & minuman (2.0 peratus), kesihatan (1.8 peratus), pendidikan (1.5 peratus), pengangkutan (1.0 peratus dan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (0.7 peratus).

Kadar inflasi Malaysia, yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata inflasi maklumat & komunikasi terus mencatatkan penurunan kepada -5.4 peratus pada Disember 2024 disebabkan oleh penurunan inflasi subkumpulan utama perkhidmatan maklumat & komunikasi pada -6.4 peratus.

Beliau berkata, inflasi pakaian & kasut kekal berada dalam jajaran negatif iaitu -0.5 peratus, manakala inflasi perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (3.2 peratus); pendidikan (1.5 peratus); minuman alkohol & tembakau (0.8 peratus); insurans & perkhidmatan kewangan (0.5 peratus) dan pengangkutan (0.4 peratus) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.

Katanya, kumpulan makanan & minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 2.7 peratus pada Disember 2024.

Menurutnya, subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.9 peratus disumbangkan oleh inflasi kelas perbelanjaan sayur-sayuran yang merekodkan peningkatan sebanyak 3.6 peratus.

“Kenaikan harga bagi sayur-sayuran dipengaruhi oleh cuaca buruk dan kekerapan hujan yang melanda kawasan pengeluaran di kawasan pengeluaran utama seperti di Cameron Highlands.

“Antara sayur-sayuran yang merekodkan peningkatan lebih tinggi secara asas tahunan pada Disember 2024 adalah vacang panjang (12.7 peratus), kubis, (11.7 peratus) dan bendi (11.1 peratus),” katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata inflasi pengangkutan kekal 0.4 peratus pada Disember 2024 berbanding November 2024, disumbangkan oleh subkumpulan utama pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang meningkat 1.0 peratus pada bulan dikaji.

Selain itu, beliau berkata bahawa subkumpulan pembelian kenderaan mencatatkan penurunan sebanyak -0.9 peratus kesan daripada penawaran penurunan harga iaitu diskaun dalam bentuk rebat kepada pembeli kereta baharu.

Inflasi bahan api diesel, katanya kekal pada kadar negatif seperti bulan sebelumnya iaitu 15 peratus.

“Purata harga diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM2.95 seliter berbanding RM2.15 seliter pada Disember 2023. Manakala, purata harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

“Di samping itu, inflasi petrol tanpa plumbum RON97 menurun sebanyak -7.5 peratus. Purata harga runcit petrol tanpa plumbum RON97 pada Disember 2024 ialah RM3.21 seliter berbanding RM3.47 seliter pada Disember 2023,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan negeri merekodkan inflasi di bawah paras inflasi nasional 1.7 peratus, namun lima negeri meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.6 peratus), Pahang (2.3%), Selangor (2.0 peratus), Johor (1.8 peratus) dan Sarawak (1.8 peratus).

Katanya, kesemua negeri mencatatkan peningkatan dalam inflasi makanan & minuman, dengan kadar tertinggi dicatatkan oleh Selangor pada 4.1 peratus, diikuti oleh Kuala Lumpur (3.1 peratus), Johor (3.0 peratus), Terengganu (2.9 peratus) dan Putrajaya (2.9 peratus).

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia pada Disember 2024 adalah lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.9 peratus), Filipina (2.9 peratus) dan Korea Selatan (1.9 peratus).

Manakala, kadar inflasi domestik lebih tinggi berbanding Indonesia (1.6 peratus), Thailand (1.2 peratus) dan China (0.1 peratus).

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut