264 MENARA TELEKOMUNIKASI TERJEJAS DI KELANTAN SELESAI DIBAIK PULIH

Sebanyak 264 menara telekomunikasi di Kelantan yang terjejas akibat banjir telah selesai dibaik pulih dan kini beroperasi seperti biasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mencadangkan penambahbaikan melalui pelaksanaan “site hardening” untuk menara telekomunikasi, terutamanya di kawasan yang berpotensi terjejas banjir.

Beliau juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan bengkel bersama syarikat penyedia rangkaian dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengenal pasti kawasan menara yang berisiko banjir pada masa hadapan.

Fahmi menegaskan bahawa kos penggantian peralatan dan naik taraf menara adalah tinggi, oleh itu kementerian akan meneliti penyelesaian mampan, termasuk penggunaan tenaga solar dan teknologi baharu yang sedang diuji.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut