SISIPAN SEJARAH: KUMPULAN PERTAMA KHAS REGIMEN ASKAR MELAYU TAMAT LATIHAN

Pada 15 Januari dalam tahun 1950, Kumpulan Pertama Pelatih Khas dari Regimen Askar Melayu telah menamatkan latihan mereka di Depoh Askar Melayu, Port Dickson, Negeri Sembilan.Kumpulan yang terdiri daripada tiga puluh sembilan orang pelatih telah menghadiri perbarisan tamat latihan yang dihadiri bersama oleh Kolonel C.W.P. Richardson, Pegawai Pemerintah serta dua ratus orang tetamu jemputan. Pelatih-pelatih ini yang berumur di antara sembilan belas tahun hingga dua puluh lima tahun boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan telah lulus darjah enam dan tujuh. Mereka telah menjalani latihan selama empat bulan dan akan dihantar untuk membuat kerja-kerja khas dan menjalani latihan lanjutan. Sesetengah daripada pelatih ini akan dihantar ke sekolah-sekolah pertukangan, dilatih sebagai kerani dan ada pula yang akan dilatih dalam unit-unit Askar Melayu yang lain. Bagi bakal pegawai Askar Melayu pula, mereka akan dihantar ke Sandhurst, England (Pusat Latihan Pegawai Kadet) untuk mendapatkan latihan sebagai seorang pegawai.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut