SCAMMER KAIN BATIK DITUDUH DI MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU

Seorang lelaki berusia 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 21 Januari 2025 atas tuduhan menipu pelanggan dalam urus niaga kain batik yang menyebabkan kerugian sebanyak RM3,300.

Tertuduh mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Zulkifli bin Abdullah.

Pertuduhan dijalankan di bawah Seksyen 16(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999, dengan kemungkinan hukuman denda, penjara, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Tuan Muhammadi Iman bin Masjuri dan mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan pengurusan kes ditetapkan pada 20 Februari 2025.

Kes ini bermula selepas aduan seorang pelanggan pada 11 April 2023, yang mendakwa tidak menerima 33 pasang kain batik yang ditempah pada Mei 2022, walaupun pembayaran telah dilakukan.

Pemeriksaan di premis tertuduh mengesahkan kain tersebut belum dihantar.

 

Sumber: KPDN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut