JPJ PAHANG LAKSANA 19 HARI OPERASI KHAS SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

KUANTAN, 20 JANUARI 2025 : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang melaksanakan Operasi Khas Sempena Tahun Baru Cina selama 19 hari bermula hari ini sehingga 9 Februari nanti.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Ir. Razali Kassim berkata, operasi berkenaan dijalankan bagi meningkatkan penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang jalan raya bagi meminimumkan kadar kemalangan di musim perayaan negeri ini.

Katanya, setakat jam 3.15 petang tadi, sebanyak 30 buah bas dan 45 pemandu telah diperiksa dengan sebanyak 22 slip pemeriksaan sistem brek telah dikeluarkan.

“JPJ Pahang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan tegas mengikut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ini termasuklah aspek keselamatan kenderaan seperti ketebalan bunga tayar dan tekanan angin tayar yang mencukupi,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2025 bertempat di Terminal Sentral Kuantan (TSK), di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Pahang, YBrs. Tuan Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

YB Dato’ Ir. Razali juga berkata, operasi berkenaan turut melibatkan beberapa agensi lain seperiti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yan menjalankan saringan ujian air kencing ke atas pemandu bas bagi memastikan mereka bebas daripada pengaruh dadah.

“Hasil pemeriksaaan setakat hari ini untuk ujian air kencing, semua pemandu melepasi ujian. Kenderaan juga berada dalam keadaan baik, dari segi ketebalan bunga tayar dan tekanan angin pada tayar mencukupi,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam usaha memastikan keselamatan penumpang bas juga, pihak JPJ turut menghantar 10 anggota menyamar sebagai penumpang di dalam bas bagi memantau pematuhan peraturan.

“Tahap kepatuhan pemandu bas dan keadaan bas semuanya berada dalam keadaan baik dan kita nak pastikan juga pemandu lebih dari 300 km atau lebih 4 jam perlu pakai dua pemandu.

“Jadi pihak JPJ telah menghantar 10 anggotanya untuk menyamar dan berada di dalam bas untuk memastikan pemandu bertukar. Kita tidak mahu pemandu memandu bersendirian dan ini termasuk memastikan pemandu bertukar tugas jika perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam,” ujarnya.

Tuan Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya pula memberitahu, terdapat sebuah kaunter pemeriksaan khas akan beroperasi setiap hari di TSK bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam di mana empat anggota akan ditugaskan mengikut giliran di kaunter berkenaan.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut