KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAHANG BERCIRIKAN REKA BENTUK TERKINI

KUANTAN: Pahang bakal memiliki kompleks sukan serba lengkap bertaraf antarabangsa berharga RM30 juta dengan siapnya Kompleks Belia dan Sukan Pahang (Kombes) yang dijangka siap sepenuhnya Jun depan.

Selain padang bola sepak, fasiliti ini turut mempunyai gelanggang futsal, petanque yang merangkumi dewan, balapan, auditorium, bangunan pentadbiran dan asrama yang mampu menempatkan lebih 80 atlet dalam satu masa.

Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang, Najhan Mohamed berkata, Kompleks Belia dan Sukan Pahang itu mula dibina pada 2020 dan dijangka boleh digunakan sepenuhnya September tahun ini.

Najhan berkata, kapasiti asrama bukan sahaja hanya untuk menempatkan atlet projek pembangunan pelbagai jenis sukan tetapi turut digunakan bagi program pembangunan belia.

Menurutnya, jabatan memfokuskan kepada semua jenis sukan termasuk atlet para dan program belia selain program rakan muda yang memerlukan sokongan secara berterusan.

“Kemudahan yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Pahang hampir sama dengan kompleks sukan yang terdapat di negeri jiran Kelantan dan Terengganu, cuma reka bentuk yang dihasilkan lebih terkini dan menarik.

“Perkembangan pembinaan projek di atas tapak seluas kira-kira 4.6 hektar di tengah Bandaraya Kuantan itu kini mencapai lebih 72 peratus,” katanya, di sini, hari ini.

“Dengan siapnya Kompleks Belia dan Sukan Pahang itu nanti diharapkan mampu menjadi pencetus kepada kemajuan sukan seterusnya pencapaian yang lebih baik dapat dicapai dikalangan atlet,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut