SANGKA UNTUNG RM1.5 JUTA, RUPANYA KENA ‘SCAM’ LEBIH RM600,000

Seorang ejen insurans terpaksa menanggung kerugian lebih RM600, 000 selepas ditipu pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan RM1.5 juta dalam masa singkat.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kejadian bermula pada September tahun lalu, apabila lelaki berusia 61 tahun itu berminat dengan iklan pelaburan di Facebook dengan nama profil Qian506-5. Pengadu bersetuju untuk menyertainya dan diberitahu akan mendapat pulangan dalam dolar AS. Sekiranya pengadu melabur sebanyak RM250,000 dia dijanjikan keuntungan sebanyak RM1.5 juta dalam masa singkat.

Pengadu telah menggunakan kesemua wang simpanan pekerjanya (KWSP) selain membuat pinjaman daripada rakannya untuk menyertai pelaburan berkenaan. Sebagai permulaan dia membuat transaksi sebanyak RM4,220 ke dalam akaun bank atas nama Glory Enterprise pada 5 Oktober 2024. Pengadu kemudiannya membuat 24 transaksi lagi secara berperingkat dari tarikh tersebut hingga 7 Januari lalu ke lima akaun bank berbeza yang diberikan kepadanya.

Jumlah keseluruhan pembayaran yang dibuat adalah sebanyak RM666,546 dan sehingga kini dia tidak menerima sebarang pulangan malah masih lagi diminta membuat pembayaran untuk pelbagai urusan. Berikutan itu, mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis pada Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Chang Hook turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya atau terpedaya dengan tawaran keuntungan dalam masa singkat dan tidak diketahui kesahihannya. Modus operandi seperti ini terlalu banyak diiklankan di media sosial dan sepatutnya buat semakkan terlebih dahulu sebelum sebarang transaksi dilakukan agar tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

#ADDINAHAD: TUJUH SEGERA YANG DISUKAI ALLAH SWT

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT Segera Bertaubat  Segera Menunaikan Solat  Segera Memberi Sedekah  Segera dalam Melakukan Kebaikan  Segera Membayar …
Maklumat Lanjut

8 BUAH TRELER SERTA KELAPA SELUDUP BERNILAI RM8.3 JUTA DITUMPASKAN PGA

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Tumpat …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP POKOK BONZAI HITAM BERNILAI RM2.3 JUTA DI KELANTAN

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam …
Maklumat Lanjut