PAHANG AKAN BANGUNKAN PROJEK PERUMAHAN PANGSAPURI PAHANGKU DI BENTONG

KUANTAN, 16 JANUARI 2025 : Kerajaan Negeri Pahang akan membangunkan projek perumahan Pangsapuri Pahangku di kawasan berhampiran stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong.

Menurut kenyataan media oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pembangunan projek ini telah dipersetujui menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

“Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat Pahang khususnya kepada golongan muda selain memanfaatkan sistem pengangkutan ECRL.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah merangka pembangunan berorentasikan transit (TOD) di setiap stesen ECRL seperti pusat komersial, perumahan, pusat pendidikan serta projek komuniti.

“Projek ini dijangka memberikan impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi di Bentong dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan keselesaan hidup rakyat, serta memperkukuh jaringan infrastruktur perumahan dan pengangkutan,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pahang juga akan membangunkan projek kedua iaitu Artificial Intelligence Data Center (AIDC) sebagai platform baharu perniagaan secara atas talian berasaskan produk pertanian pada Januari 2026.

“Di samping itu, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) akan membangunkan Artificial Intelligence Data Center (AIDC) sebagai platform baharu perniagaan secara atas talian berasaskan produk pertanian.

“Projek ini memanfaatkan teknologi pengkomputeran awam dan teknologi kepintaran buatan (AI) melalui pembangunan pusat data pengkomputeran pintar berskala besar serantau dan menggalakkan pembangunan industri digital negara.

“Projek yang pertama di negeri Pantai Timur ini dijangka akan mula dilaksanakan pada Januari 2026 dengan menyasarkan produk-produk tempatan bagi pemasaran tempatan dan juga global. Ini sekali gus dapat membantu pengusaha memasarkan produk pertanian mereka serta merancakkan lagi ekonomi negeri Pahang,” katanya.

Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy turut berharap kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

#ADDINAHAD: TUJUH SEGERA YANG DISUKAI ALLAH SWT

Tujuh (7) Segera Yang Disukai Allah SWT Segera Bertaubat  Segera Menunaikan Solat  Segera Memberi Sedekah  Segera dalam Melakukan Kebaikan  Segera Membayar …
Maklumat Lanjut

8 BUAH TRELER SERTA KELAPA SELUDUP BERNILAI RM8.3 JUTA DITUMPASKAN PGA

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Tumpat …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELUDUP POKOK BONZAI HITAM BERNILAI RM2.3 JUTA DI KELANTAN

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam …
Maklumat Lanjut