POLIS SEDANG MENGESAN PEMANDU LARI SEKATAN JALAN RAYA

DICARI: Polis sedang mengesan pemandu lari dari sekatan jalan raya.

LAHAD DATU: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang melarikan diri dari sekatan jalan raya sehingga berlaku kemalangan di Jalan Pantai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, seorang lelaki yang memandu kereta jenis sedan telah melarikan diri selepas hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kereta lain di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit cuba melarikan diri dari pemeriksaan yang dilakukan di Jalan Pantai, di sini.

Katanya, lelaki terbabit telah memandu melawan arus sehingga melanggar beberapa buah kereta lain yang berada di kawasan berkenaan.

“Lelaki terbabit kemudian bertindak mengundurkan kenderaannya secara melulu melawan arus melalui Jalan Mawar.

“Anggota polis cuba memberhentikan kereta berkenaan, namun gagal sebelum suspek berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis menemukan kereta suspek terlibat dalam kemalangan disyaki hilang kawalan dan melanggar dua lagi kereta di Jalan Airport Lahad Datu-Sandakan, di sini.

“Suspek telah melarikan diri meninggalkan kereta yang dipandunya dan kini polis sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan.

“Semua pemilik kereta yang terlibat telah diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, kereta suspek telah dibawa ke Pejabat Trafik Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dzulbaharin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau terus ke IPD Lahad Datu.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …