PENGURUSAN BANJIR DI KOTA TINGGI TERKAWAL

YBhg. Tuan Haji Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi mengiringi YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor menyantuni mangsa banjir baru-baru ini. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#KotaTinggi – Penyusunan pelan kecemasan secara teliti bagi menghadapi bencana sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk dengan keutamaan terhadap kebajikan dan keselesaan penduduk yang terjejas meletakkan pengurusan banjir di daerah Kota Tinggi berada dalam keadaan terkawal.

 

Penyelarasan semua jabatan dan agensi terlibat dengan lebih awal untuk memastikan bantuan sampai tepat pada masanya turut melancarkan pengurusan operasi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga tidak timbul isu kelewatan penyerahan sekali gus menterjemahkan kesiapsiagaan Kerajaan Negeri mendepani bencana banjir di negeri ini.

 

Meskipun banjir di beberapa kawasan mulai pulih dan surut serta terdapat PPS yang telah ditutup, YBhg. Tuan Haji Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi mengingatkan penduduk di daerah berkenaan supaya sentiasa peka dengan ramalan cuaca dikeluarkan.

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim juga telah bertitah agar pengurusan bantuan dilakukan secara teratur serta menasihatkan penduduk supaya mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga dalam situasi cuaca yang tidak menentu.

 

Titah ingatan tersebut disampaikan kepada JPBD Kota Tinggi ketika KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat dan meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi semalam.

Sumber: Media Digital Johor

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut