Tahukah anda?
Terdapat kebaikan dalam setiap budaya sihat yang kita amalkan, ini termasuklah budaya menderma darah. Selain dapat membantu pesakit yang memerlukan, terdapat 6 kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menderma darah.
- Dapat mengetahui kumpulan darah, bacaan tekanan darah dan tahap haemoglobin
- Menyelamatkan tiga nyawa pesakit
- Penjagaan kesihatan dan dapat memelihara kesihatan kardiovaskular
- Membakar lebih kurang 600 kalori bagi setiap satu beg darah
- Penderma darah akan berasa sihat dan segar
- Dapat meningkatkan tahap kepuasan diri
Disini kami kongsikan kebaikan menderma darah. Teruskan menderma darah secara berkala bagi melestarikan bekalan darah di Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan lokasi pendermaan darah, sila layari laman sesawang rasmi Pusat Darah Negara di www.pdn.gov.my
Sumber; Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama