YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor menyempurnakan pelancaran Forum Bekalan Elektrik Hijau 2025. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Kerajaan Johor akan terus memperkukuhkan agenda Johor Green Deal dalam mencapai pembangunan mampan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti, sejajar dengan wawasan Malaysia untuk mencapai sifar karbon menjelang tahun 2050.

 

Polisi ini turut meletakkan Johor sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini dengan memberi fokus utama dalam mengurangkan jejak karbon menerusi tenaga hijau, meningkatkan daya saing Johor sebagai hab tenaga hijau, pengenalan produk inovasi hijau dan penyelesaian tenaga hijau menerusi Skim Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

 

Inisiatif CRESS yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini berupaya memupuk persaingan pasaran dengan membolehkan syarikat memperoleh tenaga boleh diperbaharui pada harga kompetitif dan seterusnya mencapai matlamat kelestarian organisasi masing-masing.

 

Inisiatif itu juga mampu mempercepatkan peralihan daripada tenaga konvensional kepada tenaga boleh diperbaharui menerusi penyediaan platform bagi industri untuk mengintegrasikan tenaga hijau dalam operasi masing-masing dengan lebih pantas dan cekap.

 

Selain itu, ia juga akan menggalakan inovasi dalam menyokong pembangunan penyelesaian tenaga hijau seperti ‘EnerGreen’ yang boleh memberi manfaat kepada pelbagai sektor termasuk pusat data, pembuatan dan perindustrian yang sememangnya menggunakan tenaga yang lebih besar.

 

Terdahulu, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor menyempurnakan pelancaran Forum Bekalan Elektrik Hijau 2025 di Opero Hotel Southkey, hari ini.

 

Hadir sama ialah Encik Tham Chee Aun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ditrolic Energy; Encik Gogielan Nantha Kumar, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Hijau, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan Puan Najihah Mohd Ramli, Penolong Pengarah Kanan Perancang dan Pembangunan Industri, Suruhanjaya Tenaga.

Sumber: Media Digital Johor

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut