TINJAU: Chew (kiri) meninjau percubaan operasi pam penggalak tekanan air Bandar Leila.
SANDAKAN: Pam penggalak tekanan air di Bandar Leila di sini kini beroperasi dan dijangka mampu mengurangkan masalah bekalan air kepada penduduk.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, kemudahan itu berjaya disiapkan pada minggu lalu dan pada Selasa baru-baru ini percubaan operasi kemudahan itu telah dilakukan.
“Kemudahan itu akan memberikan manfaat kepada kawasan perumahan dan premis perniagaan di kawasan Bandar Leila.
“Semoga dengan adanya kemudahan ini, ia mampu meningkatkan tekanan air ke kawasan yang tinggi khususnya penduduk yang tinggal di tingkat empat bangunan di bandar ini,” katanya.
Chew mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan Pam penggalak tekanan air.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online