BERCUTI ‘ALA BALI’ DI PANTAI TELUK KEMANG

Setelah sekian lama Pantai Teluk Kemang terpalit dengan isu khemah biru, kini destinasi peranginan tersebut tampil dengan wajah baharu yang lebih menarik. Bermula Sabtu ini, pengunjung bakal ditawar kemudahan sewa payung pantai ‘ala Bali’ yang lengkap dengan kerusi santai dan meja menggantikan khemah-khemah yang digunakan sebelum ini.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, kemudahan itu diharap dapat menggembalikan keseronokan pengunjung untuk ke pantai berkenaan. Ia disumbangkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) secara ‘one off’ kepada 33 pengusaha yang melibatkan peruntukan lebih RM200,000. Secara keseluruhan, sebanyak 270 unit payung pantai, 540 unit kerusi dan 270 meja diberi kepada 33 pengusaha.

Setiap pengusaha diberi lapan payung, lapan meja dan 16 kerusi manakala kadar sewaan yang ditetapkan oleh MPPD tidak melebihi RM50. Aktiviti sewaan payung itu hanya melibatkan sepanjang 600 meter dari 1.2 kilometer pantai berkenaan sekali gus masih memberi ruang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan Pantai Teluk Kemang.

Ini adalah usaha MPPD untuk menyelesaikan isu khemah biru yang hangat diperkatakan beberapa tahun sebelum ini. Konsep payung ini dilihat lebih menarik dan cantik, malah tidak menutup keseluruhan pemandangan pantai di sini yang memang menjadi isu sebelum ini. Bukan semua pengunjung tidak bersetuju dengan sewaan khemah pantai sebelum ini dan konsep sewaan payung adalah jalan penyelesaian terbaik.

Perniagaan sewaan payung pantai itu diberikan tempoh percubaan selama enam bulan dan sekiranya pengusaha didapati melanggar peraturan, mereka akan dikenakan tindakan. Sekiranya peniaga masih melakukan kesalahan seperti sebelum ini, MPPD tidak teragak-agak untuk membatalkan terus kebenaran perniagaan mereka. Setakat ini sewaan payung hanya disediakan di Pantai Teluk Kemang dan tidak melibatkan Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

Beliau berharap, tiada isu berbangkit berkenaan payung pantai itu kerana ia telah mengubah lensa pemandangan pantai yang lebih indah, kemas dan tersusun. Para pengunjung bolehlah menikmati pemandangan pantai dengan suasana khemah payung ala percutian di pantai peranginan di Bali.

‘Tiada lagi imej pasar malam di Pantai Teluk Kemang, tapi ‘vibes’ antarabangsa’

Konsep baharu payung pantai ‘ala’ Bali yang diperkenalkan di Pantai Teluk Kemang bagi menggantikan khemah biru sebelum ini dilihat pengunjung dapat memberi nafas baharu kepada pantai peranginan tersebut.

Rata-rata berpendapat konsep berkenaan dapat menjadi tarikan baharu kepada pengunjung dan pada masa sama dapat menghilangkan imej pasar malam yang dilabelkan kepada pantai itu sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Ayer Keroh – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama …
Maklumat Lanjut

TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT

Paya Rumputi – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal iklan atau …
Maklumat Lanjut

MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT

Pengkalan Batu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang …
Maklumat Lanjut