AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) BERMULA 13 JANUARI 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025, bermula 13 Januari 2025.

KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan agihan BAP sebanyak RM150 untuk pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025 manakala agihan kepada pelajar Tingkatan 6 baharu akan bermula 1 Julai 2025.
Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid. Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …