𝗒𝗣𝗦 β€˜π—šπ—˜π— π—£π—¨π—₯ π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—žπ—”π—Ÿβ€™

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan khas gempur teknikal terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal.

Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715).

Sebanyak 10 buah kenderaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Kesalahan lain dikesan tidak hadir timbang, bawa muatan secara bahaya, tidak tutup muatan, tiada pemandu kedua (pemanduan bas ekspres / pelancong jarak jauh melebihi 300 km) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Sebanyak 197 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluar dalam operasi ini.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …

TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja …