Lebih 90 Perkhidmatan oleh Agensi Kerajaan dan Swasta kini di Kiosk Sentuhan MADANI!
Kiosk Sentuhan MADANI merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Unit Pantau MADANI serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Inisiatif ini mengumpulkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi strategik, memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dan swasta dengan lebih efisien.
Inisiatif yang diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara ini akan diluncurkan oleh YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 9 Januari 2025 bertempat di Alamanda Putrajaya.
Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan manfaat dari lebih 90 perkhidmatan kerajaan dan swasta di Kiosk Sentuhan MADANI yang terletak di Aras G, South Wing, Alamanda Putrajaya (Berhadapan Restoran Cili Kampung).
#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#KioskSentuhanMADANI
#Belanjawan2025
#taatsetia