πŠπˆπŽπ’πŠ 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„ππ’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“

Lebih 90 Perkhidmatan oleh Agensi Kerajaan dan Swasta kini di Kiosk Sentuhan MADANI!

Kiosk Sentuhan MADANI merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Unit Pantau MADANI serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Inisiatif ini mengumpulkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi strategik, memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dan swasta dengan lebih efisien.

Inisiatif yang diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara ini akan diluncurkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 9 Januari 2025 bertempat di Alamanda Putrajaya.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan manfaat dari lebih 90 perkhidmatan kerajaan dan swasta di Kiosk Sentuhan MADANI yang terletak di Aras G, South Wing, Alamanda Putrajaya (Berhadapan Restoran Cili Kampung).

 

#JabatanPerdanaMenteri

#MalaysiaMADANI

#KioskSentuhanMADANI

#Belanjawan2025

#taatsetia

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …