PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI

Ayer Molek – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan warisan tidak ketara di negeri ini.

Kurator Bahagian Pembangunan PERZIM, Faiz Mohd Baharom berkata seni itu termasuklah menghasilkan atau membina replika rumah-rumah tradisional yang mempunyai sejarah tersendiri.

“Replika rumah tradisional ini saya lihat boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi kerana ia dapat menzahirkan dan menceritakan tentang sejarah serta warisan yang ada di setiap negeri.

“Sebelum ini pun kita banyak bekerjasama dengan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tetapi lebih kepada penghasilan lukisan terukur dan hasilnya kita pamerkan di PERZIM.

“Cuma kali ini lebih menarik kerana ada individu yang sudah berusia (Normah Md Said,69) kreatif menghasilkan replika rumah tradisional sebagai koleksi peribadinya sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini di Kampung Solok Gaung di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Faiz berkata pihaknya juga berhasrat untuk membawa koleksi-koleksi rumah tradisional tersebut agar dapat dipamerkan di muzium-muzium yang berkaitan.

“Jika sebelum ini kita lebih kepada bangunan-bangunan warisan, selepas ini PERZIM juga boleh fokus kepada rumah-rumah tradisional yang dihasilkan oleh seseorang individu.

“Sudah tentu dengan adanya usaha begini ia dapat memberi ilmu pengetahuan kepada generasi akan datang mengenai seni dan warisan yang ada dalam negara kita khususnya di Melaka,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …