DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Ketua Polis Daerah Timur Laut, YDH ACP Abdul Rozak bin Muhammad hadir memberi amanat kepada seramai 21 orang Konstabel Percubaan dalam Sesi Perjumpaan Konstabel Percubaan bersama Ketua Polis Daerah Timur Laut di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Seramai 21 orang Konstabel Percubaan yang baharu menamatkam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di Pusat Latihan Polis Air Itam, Negeri Sembilan hadir melapor diri di IPD Timur Laut. Dalam amanatnya, ACP Abdul Rozak mengingatkan semua Konstabel Percubaan berkenaan agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan mengelakkan diri dari terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Sumber : IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANGΒ https://www.facebook.com/ipdtimurlaut