SCAMMER GUNA NOMBOR HOTLINE POLIS PERDAYA MANGSA

Sindiket penipuan dalam talian seolah-olah mencabar polis apabila menggunakan nombor talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi tujuan penipuan.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, modus operandi digunakan ialah memperdaya mangsa berkaitan kes-kes kesalahan trafik dan sebagainya. Sindiket akan menghubungi mangsa menggunakan talian hotline IPD Port Dickson 017-6001411 bagi tujuan memperdaya. Pihak polis IPD Port Dickson menegaskan yang talian hotline IPD hanya digunakan untuk urusan rasmi.

Menurutnya, talian berkenaan tidak akan digunakan untuk membuat panggilan kepada orang ramai serta tidak akan digunakan untuk meminta maklumat kewangan peribadi atau melibatkan sebarang transaksi kewangan. Orang ramai diingatkan tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak tidak dikenali. Jangan terpedaya dengan penipuan atau kes-kes salah laku berkaitan jenayah atau kes kemalangan jalan raya atau saman melalui panggilan telefon.

Berhati-hati dengan panggilan yang menggunakan ugutan atau tekanan psikologi dan sentiasa merujuk atau mengesahkan sebarang maklumat dengan polis di talian rasmi yang sahih. Jika menerima panggilan mencurigakan, orang ramai diminta membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

Pihaknya memandang serius isu berkenaan dan sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihaknya juga menyeru kerjasama orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap ancaman penipuan ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut