PENGHANTAR MAKANAN MENGAKU SIMPAN VIDEO, GAMBAR LUCAH

Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu. Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahir Ikhwan Jamaludin, 21, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayarnya. Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didapati dalam milikannya bahan-bahan lucah iaitu video lucah dan imej lucah yang disimpan dalam telefon bimbit miliknya.Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan dekat Lorong Desa 4, Taman Desa Rusa, Port Dickson kira-kira jam 2.30 petang, 3 September 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Peguam, Joseph Mathews memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira faktor umur tertuduh yang masih muda dan tidak sesuai.

Tidak dinafikan apa dilakukan tertuduh adalah perbuatan tak sepatutnya dilakukan, tetapi ia telah pun berlaku. Sekiranya tertuduh dimasukkan ke dalam penjara, stigma terhadapnya sangat buruk.Β  Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan tahap keseriusan kesalahan dilakukan.

Pegawai Sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengemukakan laporan sosial tertuduh dan turut mengesyorkan tertuduh tidak menjalani hukuman penjara. Beliau yakin hukuman sebelum ini telah beri pengajaran berharga kepada penama (tertuduh).

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut