𝗖𝗔π—₯ 𝗙π—₯π—˜π—˜ 𝗠𝗒π—₯π—‘π—œπ—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Majlis Bandaraya Seberang Perai telah mengadakan Program MBSP Car Free Morning @ Seberang Perai pada 05 Januari 2025 (Ahad) di Jalan Todak 2, Bandar Sunway, Seberang Jaya, SPT yang telah dihadiri oleh penduduk Seberang Perai dari pelbagai peringkat umur.

Inisiatif hijau yang diadakan ini merupakan program sihat kepada penduduk serta usaha untuk mewujudkan bandar yang bebas karbon selari dengan matlamat MBSP untuk mentransformasikan Seberang Perai sebagai Bandaraya Rendah Karbon menjelang tahun 2030 seiring dengan Visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mewujudkan Penang 2030 β€œA Family – Focused Green and Smart State That Inspires the Nation”.

Antara acara menarik yang diadakan pada kali ini ialah Zumba & Senamrobik, Permainar Kanak-Kanak, Program Upcycle, gerai jualan & pameran, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai aktiviti BEBAS JALAN.

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut