TIGA WANITA DITAHAN BERSAMA MINUMAN KERAS TANPA CUKAI

RAMPAS: Tiga wanita dan minuman keras tanpa cukai dirampas untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Tiga wanita warga asing ditahan bersama minuman keras tanpa cukai bernilai RM12,000 dalam serbuan di sebuah kedai runcit di kawasan Brantian, Kalabakan, semalam.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau menerusi Team Risik 14 dan Task Force Perisikan diketuai oleh Asisten Superintendan Mohd Rafail Rabbahil dalam Op Kontraban.

Pegawai Pemerintah Batalion 14, PGA Tawau, Superintendan Anselinus Marcus berkata, pihaknya menerima maklumat risikan mengenai penjualan minuman keras tanpa cukai di kawasan berkenaan.

Katanya, serbuan berkenaan selain rampasan minuman keras yang tidak mempunyai lesen niaga, pasukan operasi turut menahan tiga wanita.

“Ketiga-tiga wanita terbabit tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah dan bekerja di kedai runcit berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan minuman keras pelbagai jenama dianggarkan berjumlah RM12,000,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, PGA akan sentiasa melaksanakan gerak gempur dan operasi bagi membanteras aktiviti kontraband.

Selain itu, katanya operasi dan serbuan akan giat dijalankan di kawasan tanggungjawab Batalion 14 PGA Tawau yang membabitkan pelbagai jenis aktiviti penyeludupan dan kontraband.

Anselinus berkata, ia termasuklah minyak diesel, minyak sawit mentah (CPO) serta barangan seperti ayam dan daging sejuk beku tanpa sijil halal yang sah dan tiada kelulusan Veterinar di sekitar KTJ.

“Untuk rekod tangkapan yang lalu iaitu pada 19 September 2024, Pasukan Task Force Risik Batalion 14 PGA Tawau membuat serbuan sebuah tapak lot yang tertutup di Kampung Beruang Merotai-Tawau.

“Hasil serbuan itu, merampas 112,600 kilogram minyak sawit CPO yang tidak berlesen dan bersama tiga lori tangki bernilai RM1.3 juta,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …