MARITIM MALAYSIA, ESSCOM LAKSANA TINJAUAN BERSAMA

TINJAUAN: Maritim Malaysia, ESSCOM laksana tinjauan bersama kenal pasti titik panas di perairan Felda Sahabat dan Kunak.

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berkolaboratif menjalankan tinjauan di kawasan perairan Felda Sahabat dan Kunak, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, tinjauan itu turut disertai Ketua Staf Bahagian Operasi Laut ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed.

Katanya, tinjauan selama dua hari itu adalah untuk mengenal pasti semua titik panas di kedua-dua kawasan perairan berkenaan.

“Selain itu, kita juga mahu menguji kesiapsiagaan semua anggota dan aset Maritim Malaysia yang ada di sekitar sektor operasi.

“Hasil tinjauan mendapati, tiada sebarang kejadian mencurigakan dikesan dan hanya kelihatan bot-bot nelayan yang sedang melakukan aktiviti perikanan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 9,321 pemeriksaan vesel direkodkan sepanjang tahun 2024 dengan hampir 12,000 orang telah diperiksa dalam tempoh yang sama.

Dzulfikhar berkata, sebanyak 88 taklimat keselamatan (Preventive SAR) di laut serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Katanya, Zon Maritim Lahad Datu sentiasa meningkatkan kawalan dan kesiapsiagaan di laut dan tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang aduan dan makluman mengenai kegiatan jenayah serta insiden kecemasan di laut, boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Lahad Datu.

“Maklumat boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …