IKON DAN MASKOT VISIT MALAYSIA 2026

SEPANG, 6 Januari 2025 – Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Lebih menarik, watak Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut