LEBIH 7,000 NOTIS KESALAHAN BERKAITAN ROKOK DI TERENGGANU DIKELUARKAN PADA 2024

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 7,578 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) membabitkan RM1.6 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong dalam kenyataan berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 26,951 premis termasuk restoran, kedai makan, pusat membeli-belah, tempat awam dan sebagainya di seluruh negeri.

Daerah Kemaman merekodkan kes tertinggi iaitu 1,247 notis diikuti Kuala Terengganu (1,051), Marang (950), Hulu Terengganu (938), Daerah Setiu 924 notis, Dungun (921), Kuala Nerus (787) dan Besut (760).

JKNT turut mengeluarkan 669 notis Kesalahan Peraturan 13(1) kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang merokok, meningkat sedikit berbanding kesalahan sama direkodkan pada tahun 2023 iaitu 618 notis. Selain itu, JKNT turut menyita 639 item pelbagai jenama rokok bernilai RM4356.10 yang terbabit dengan kesalahan-kesalahan berkaitan rokok, termasuk penjualan di bawah harga minima RM12 yang ditetapkan.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut