SPM PERMULAAN PERSIMPANGAN KEHIDUPAN

Kuala Linggi – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 seluruh Negeri Melaka.

Selain itu Ketua Menteri berharap agar semua calon sentiasa fokus, tenang dan bersemangat untuk menjawab soalan peperiksaan demi mencapai keputusan cemerlang dalam akademik.

Kata beliau, SPM adalah satu peperiksaan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan dan kerjaya seseorang individu pada masa akan datang.

“Sekarang adalah permulaan kepada persimpangan kehidupan bagi setiap pelajar, jadi mesti bersungguh-sungguh ketika menduduki peperiksaan kerana ini adalah penentu kepada masa hadapan mereka.

“Jadi saya turun padang untuk menyantuni dan menyuntik motivasi dalam jiwa anak-anak ini. Semoga kehadiran saya memberi semangat kepada semua calon SPM.

“Jangan hampakan harapan ibu bapa dan guru-guru yang mendidik, mereka sentiasa berdoa agar anak-anak memperoleh kejayaan seterusnya menjadi insan berjaya dalam kehidupan di masa hadapan,” kata Ketua Menteri.

Terdahulu beliau meluangkan masa menyantuni seramai 212 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Karim Tumin serta Pengetua SMK Rahmat, A. Halim Mat Ali.

Secara keseluruhan seramai 13,311 calon SPM bagi Negeri Melaka mula menduduki peperiksaan itu bermula hari ini (2 Januari) hingga 6 Februari 2025.

Jumlah itu membabitkan 11,171 calon sekolah Kerajaan, bantuan Kerajaan dan sekolah agama bantuan Kerajaan, 634 pula melihatkan agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Sekolah Henry Gurney, Tunas Bakti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Sementara itu 26 orang adalah calon sekolah Agama negeri, 238 pelajar sekolah swasta berdaftar dengan KPM manakala 1,242 adalah calon persendirian.

Peperiksaan SPM kali ini turut melibatkan seramai 70 orang calon berkepeluan khas (CBK) iaitu kurang penglihatan (rabun) seramai lima orang, kurang pendengaran (pekak & bisu) lapan orang dan lain-lain (kekurangan fizikal, autisme & kecacatan pelbagai) seramai 57 orang.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …