SISIPAN SEJARAH : PENGISYTIHARAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Pada 1 Januari dalam tahun 2008, Bandaraya Warisan Pesisir Air dilancarkan oleh YB Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Bandar raya ini diiktiraf sebagai bandar pertama dinaik taraf sebagai bandar raya di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bersesuaian dengan kedudukannya di muara Sungai Terengganu dan pesisir pantai menghadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu bersedia dan layak untuk memegang status bandar raya selepas menepati kriteria yang ditetapkan, termasuk persetujuan kerajaan negeri dalam dalam memberi caruman kewangan kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) secara berterusan bagi memastikan majlis berautonomi dari segi kewangan. Antara mercu tanda pembangunan yang terdapat di bandar raya ini ialah Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut