Memperbanyakkan Istighfar
Daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya: Setiap kesempitan ada jalan keluar,
Pada setiap duka cita ada pelepasan,
Dan Allah merezekikannya daripada arah yang tidak disangka-sangka.”
Jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan istighfar dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja menghapus dosa, tetapi ia juga kunci kepada rezeki, kelapangan, dan kebahagiaan.
Jadikan istighfar amalan harian kita.
Sumber: JAKIM