JAKOA HANTAR 20 TAN MAKANAN KE 5 POS ORANG ASLI

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menghantar 20 tan makanan asas kepada 1,097 keluarga Orang Asli yang terjejas akibat banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).

Penghantaran ini melibatkan lima pos di kawasan pedalaman yang terputus hubungan, iaitu Pos Simpor, Pos Gob, Pos Balar, Pos Bihai dan Pos Belatim.

Operasi ini dijalankan selama enam hari dengan menggunakan dua helikopter dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Antara barangan yang dihantar termasuk beras, gula, minyak masak, dan tepung gandum.

Operasi ini turut mendapat kerjasama dari Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, mengucapkan terima kasih kepada JAKOA dan menasihati penduduk agar berhati-hati menghadapi MTL yang boleh menyebabkan kerosakan jalan dan tanah runtuh.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut