FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA 2024 ANGKAT KONSEP ‘KAUM LELAKI MEMASAK’

Banda Hilir – Festival Masakan Warisan Melaka 2024 menampilkan kelainan pada penganjuran kali ke-16 apabila memberikan tumpuan kepada konsep ‘kaum lelaki memasak’.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah berkata pihaknya turut menjemput kumpulan ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ yang tular di media sosial untuk berkongsi mengenai pengalaman menyediakan pelbagai menu warisan.

Katanya, konsep tersebut turut diangkat sebagai usaha menghargai bakat-bakat terpendam yang ada dalam kalangan lelaki.

“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga memiliki kebolehan memasak yang mengagumkan, jadi kita angkat konsep ini untuk diketengahkan dan alhamdulillah menerima sambutan hebat.

“Penganjuran pada tahun ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) masih kekal dengan tema masakan warisan yang mana terdapat lebih 40 khemah daripada pelbagai agensi, persatuan dan pihak yang terlibat menjayakan Festival Masakan Warisan Melaka 2024.

“Festival berlangsung selama dua hari ini memang padat dengan pelbagai pengisian menarik buat pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Erne berkata penganjuran festival tersebut mengangkat semula makanan warisan seperti makanan etnik dan makanan yang dimodenkan

“Kita di Festival Masakan Melaka ini kita mengenengahkan masakan tradisional daripada penyediaan bahan-bahan sehinggalah hidangan itu siap dan kita tidak menggunakan bahan-bahan segera, itulah keistimewaan festival ini.

“Bersempena TMM2024 dan tema kita angkat tahun ini, PERZIM turut menampilkan lebih 100 Tok Sidang untuk memasak, menghidang juadah untuk kenduri rakyat,” ujarnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …