PGA TAHAN DUA LELAKI MILIKI SENJATA API, DADAH DI PASIR MAS

Pada 27 Disember 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki yang disyaki memiliki senjata dan dadah di Kampung Degong, Rantau Panjang dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Suspek ditahan selepas cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan pada 7 pagi.

Rampasan termasuk 1 laras senjata Rifle/Carbine, 1 laras senjata Pump Gun, 124 butir peluru, 76 gram ganja, 27 biji pil Yaba, 6.2 gram syabu dan 2 telefon bimbit.

Nilai rampasan dianggarkan RM6,397.00.

Saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Meth.

Kes disiasat di bawah Akta Senjata 1960 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut