Kelantan berhasrat untuk melaksanakan hukuman sebatan syariah secara terbuka mengikuti langkah Terengganu.
Kerajaan Negeri sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai sebelum melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Pindaan 2017 telah meluluskan pelaksanaan sebatan terbuka, namun SOP masih dalam perbincangan.
Langkah Terengganu yang melaksanakan hukuman sebatan secara terbuka sebagai cara mendidik masyarakat adalah dipuji dan berharap Kelantan akan mengikuti jejak yang sama apabila SOP siap.
Beliau juga mengingatkan agar tidak ada pihak yang mempolitikkan pelaksanaan hukuman syariah ini.
Sumber: Sinar Harian